Manusia paling pintar di dunia

Siapakah agaknya manusia yang pernah mendapat markah paling tinggi dalam ujian IQ? Adakah beliau seorang lelaki? Mungkinkah lelaki itu saintis paling terkenal zaman ini, iaitu Albert Einstein? Bukan, bukan Einstein. Malah dia bukan seorang lelaki.

Sehingga artikel ini ditulis, manusia yang tinggi IQnya dalam rekod dunia adalah seorang perempuan. Namanya Marilyn Mach Vos Savant. Beliau lahir di St. Louis Amerika Syarikat pada tahun 1946. Sewaktu beliau berusia 10 tahun dan masih belajar di sekolah rendah, beliau mengambil ujian IQ Stanford-Binet dan mendapat markah 230. Berapa tinggi IQ 230? Dalam ujian Stanford-Binet, markah 100 ialah purata. Apabila saudara mendapat 116, saudara sudah termasuk dalam golongan 16 peratus manusia terpintar dalam masyarakat. Bayangkan, Marilyn mendapat markah dua kali lebih tinggi daripada saudara. Orang kedua yang tinggi markahnya mendapat 200. Oleh itu, IQ Marilyn tidak ada tolok bandingnya.

Marilyn tidak memegang sebarang ijazah universiti tetapi dalam masa dua tahun sahaja beliau berjaya menamatkan kursus di university Washington dan St. Louis Community College.

Ayahnya bernama Ernst Mach. Beliau berketurunan Austria dan beliau seorang ahli falsafah serta seorang doktor perubatan. Beliau juga pelopor bidang fizik bunyi.

Minat semula jadi Marilyn adalah bidang penulisan kreatif dan beliau telah menulis beberapa belas buah buku dan beberapa drama pentas. Beliau kini menulis ruangan pojok di sebuah akhbar dan memberi kuliah berkenaan kepintaran. Kini beliau menetap di New York bersama suaminya.

Dalam bidang perubatan sakit jantung, nama Dr. Robert Jarvick terkenal. Beliaulah orang yang mencipta jantung tiruan Jarvick yang mengambil sempena namanya. Jantung tiruan ciptaannya adalah jantung tiruan pertama yang betul-betul dapat berfungsi.

Ciptaan Dr. Jarvick itu kini membantu ramai pesakit-pesakit jantung yang tenat terus hidup sementara menanti adanya penderma jantung manusia sebenar.

Dr. Jarvick diiktiraf sebagai seorang genius. Bagi mencipta jantung itu beliau menggabungkan pengetahuannya sebagai seorang pakar jantung dengan kepintarannya dalam bidang mekanik.
Kisah kejayaan Dr. Jarvick tidak seperti kisah Marilyn Mach Vos Savant. Kisah kejayaan Dr. Jarvick penuh dengan cerita-cerita kegagalan.
Daripada ujian Stanford-Binet yang pernah diambilnya, IQ Dr. Jarvick didapati terlalu rendah. Beliau gagal dalam semua ujian termasuk fakulti-fakulti perubatan di Amerika.

Selepas gagal mendapat tempat di universiti di Amerika beliau memohon masuk fakulti perubatan di Itali, barulah di sana beliau diterima, dan akhirnya lulus sebagai seorang doktor perubatan. Sesudah lulus beliau pun balik ke Amerika dan mula berkhidmat, lalu mencipta sejarah dalam bidang teknologi perubatan.

Secara kebetulan Dr. Jarvick adalah suami kepada Marilyn Mach Vos Savant-Jarvick. Elok juga dia belajar daripada isterinya cara-cara menjawab ujian IQ, kalau dia pandai tentulah dia dapat masuk universiti di Amerika.

Seperti yang dialami oleh Dr. Jarvick, hendak menjadi seorang yang berjaya dan kreatif dalam kerjayanya, individu itu tidak perlu mendapat markah tinggi dalam ujian IQ. Ramai tokoh-tokoh yang kreatif mempunyai rekod ujian IQ yang lemah sewaktu di sekolah. Dr. Jarvick bukanlah orang yang terkecuali.

Di antara tokoh-tokoh lain seperti Dr. Jarvick ialah Thomas Edison. Guru sekolah rendah Edison pernah mengatakan beliau otak udang. Malah Edison tidak habis bersekolah. Sir Winston Churchill begitu juga di mana guru-guru di sekolahnya menyangka beliau budak bodoh. Guru matematik Albert Einstein mengatakan dia pelajar dungu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s